View: 19258|Reply: 1
|
Niat dah baik, tapi silap cakap... Rupanya ini kata-kata paling dibenci pesakit mental
[Copy link]
|
|
"KAU kena kuat!".
Ungkapan ini mungkin dianggap seperti kata-kata semangat untuk seseorang namun tidak bagi mereka yang mengalami gangguan mental seperti kemurungan dan anxiety.
Tanpa sedar, ayat tersebut sebenarnya boleh memakan diri mereka sehingga memberikan kesan yang lebih besar terhadap penderitaan yang dialami.
Menurut Public Health Malaysia, masalah kemurungan dan anxiety bukan soal kekuatan semata-mata, tetapi ia berkait rapat dengan gangguan keseimbangan kimia otak, trauma, tekanan dan faktor lain yang tidak boleh diatasi dengan hanya menjadi 'kuat'.
Berikut adalah alasan ungkapan "kau kena kuat" bukan kata-kata sokongan yang baik kepada pesakit mental:
1. Menyebabkan mereka dianggap lemah
Mendengar kata-kata tersebut, ia seolah-olah memberi mesej bahawa mereka tidak cukup kuat atau berusaha sesungguhnya untuk sembuh.
2. Mereka akan semakin menutup diri
Sekiranya merasakan diri tidak cukup kuat seperti diharapkan, mereka mungkin berhenti berkongsi perasaan kerana takut dihakimi dan membebankan orang lain.
3. Meremehkan perasaan mereka
Meskipun ungkapan itu berniat baik namun ia boleh dilihat sebagai tidak simpati terhadap kesakitan yang mereka alami.
4. Menambah beban emosi
Orang yang sedang berjuang dengan kesihatan mental sudah pun merasa lemah dan tertekan, mendengarkan kata-kata itu hanya menambah kesakitan mereka.
5. Membuatkan mereka merasa gagal
Kata-kata itu mungkin diluahkan untuk menaikkan semangat, tetapi buat mereka yang mentalnya terganggu merasakan ia sebagai petanda dia terperangkap dalam masalah dan tiada jalan keluar.
Apa kata-kata yang lebih baik untuk dituturkan:
1. "Aku ada untuk kau, kau tak keseorangan".
2. "Aku tak dapat bayangkan betapa susahnya hal ini untuk kau, tapi aku sedia mendengar".
3. "Apa yang boleh aku buat untuk bantu kau rasa lebih baik?"
4. "Kau tak perlu hadapi ini seorang diri, kita boleh cari jalan bersama-sama".
Sumber:mStar
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sebab itulah Psychiatrist perlu di well-trained |
|
|
|
|
|
|
| |
|