Edited by tari at 11-3-2025 09:21 AM
WARGA emas ketika mendaftar bagi menerima sumbangan IKWE di Masjid Kariah FELDA Pasoh Tiga. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
Jempol: Ibarat duit raya awal apabila 1,157 individu majoritinya warga emas menerima bantuan sumbangan tunai RM200 setiap seorang.
Inisiatif Keceriaan Warga Emas (IKWE) itu memfokuskan golongan warga emas berusia 70 tahun sekaligus memberi kelegaan kepada penerima untuk menyambut Ramadan.
Penerima membabitkan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lui akan menerima bantuan itu secara berperingkat yang dijangka selesai diagihkan sebelum minggu ke tiga Ramadan.
Penerima, Shukor Yatim, 72, yang menetap di FELDA Pasoh Tiga berkata, dia dan isteri adalah penerima IKWE kali kedua selepas menerima bantuan sama tahun lalu.
Katanya, sumbangan tahun lalu diberi sebelum bulan puasa manakala sumbangan tahun ini diberi ketika menyambut Ramadan.
" Alhamdulillah, sumbangan ini amat bererti kepada saya dan isteri apatah lagi ia boleh digunakan bagi membeli keperluan sepanjang Ramadan ini," katanya ketika ditemui pada majlis Penyerahan IKWE dan Iftar Ramadan di Masjid Kariah FELDA Pasoh Tiga di sini, semalam.
Majlis penyerahan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui Datuk Mohd Razi Mohd Ali.
Seorang lagi penerima, Zaiton Yusof, 73, berkata, sumbangan diterima besar ertinya berikutan ia boleh digunakan untuk memberi barang keperluan.
|