CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6138|Reply: 0

[Johor] Cikgu Hamzah hilang sejak Isnin

[Copy link]
Post time 21-2-2025 06:35 PM | Show all posts |Read mode

Guru, Hamdan Hamzah hilang selepas keluar rumah ke sekolah sejak Isnin lalu. FOTO Ihsan PDRM

Segamat: Guru lelaki dilaporkan hilang selepas keluar rumah dengan menunggang motosikal untuk ke tempat kerja sejak Isnin lalu.

Hamdan Hamzah, 46, keluar rumah pada jam 5.15 pagi untuk ke tempat kerja di Jementah, namun dia tidak pulang sehingga kini.

Kehilangannya itu disedari ahli keluarga sebelum mereka membuat laporan polis di Balai Polis Tenang, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, pada hari kehilangannya, guru terbabit menunggang motosikal Yamaha Ego.
"Mangsa berasal dari Felda Kemelah bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Jementah.

"Laporan diterima pada jam 6.22 petang Rabu lalu dan polis menggiatkan usaha mengesan guru terbabit," katanya dalam kenyataan.

Justeru, Ahmad Zamry berkata, orang ramai mempunyai maklumat mengenai guru terbabit diminta berhubung dengan pegawai penyiasat, Sarjan Mejar Shamsuddin Ramli di talian 07-92799222 atau balai berhampiran.


Disiarkan pada: Februari 21, 2025  sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.087783 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list