CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1571|Reply: 0

[Johor] Pemandu Honda kuning direman 4 hari lagi

[Copy link]
Post time 21-2-2025 06:24 PM | Show all posts |Read mode

ALONG Kubur (tengah) tiba di Mahkamah Majistret di Kluang, Johor dengan kawalan ketat anggota polis. FOTO Mohamad Fahd Rahmat.

Kluang: Pemandu kereta Honda berwarna kuning yang dikenali dengan panggilan 'Along Kubur' yang tular selepas dikejar polis di Kluang baru-baru ini, disambung reman selama empat hari lagi.

Perintah reman itu dikeluarkanMajistret Mustaqim Sukarno, terhadap suspek berusia 40-an bermula hari ini.

Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952.

Suspek turut disiasat di bawah Seksyen 44(2) Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Seksyen 186 dan 307 Kanun Keseksaan serta Seksyen 15(1) (a) ADB 1952.

Terdahulu, suspek tiba di Mahkamah Majistret di sini pada 8.44 pagi dengan kawalan ketat anggota polis.

Sebelum ini, media melaporkan pemandu kereta Honda berwarna kuning yang dikenali dengan panggilan 'Along Kubur' yang tular selepas dikejar polis di Kluang, direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di Batu Pahat, 15 Februari lalu.


Disiarkan pada: Februari 21, 2025   sumber


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.130515 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list