TANGKAP layar daripada video tular menunjukkan insiden berkenaan.
Nilai: Sebuah kedai karpet di Jalan Nilai 3/5, Pusat Borong Nilai 3 di sini, terbakar, kira-kira 8 pagi tadi.
Api marak di lokasi dan kebakaran menyebabkan kepulan asap serta dapat dilihat dari jauh, malah turut dirakam penduduk di sekitar daerah ini.
Difahamkan, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) sudah berada di lokasi untuk operasi memadam api dan status kebakaran masih belum diketahui.
Kedai sama pernah hangus sepenuh pada 2015 dan bomba mengambil masa dua hari untuk memadam kebakaran berkenaan.
KEBAKARAN di kedai berkenaan. FOTO Ihsan Pembaca
Disiarkan pada: Februari 21, 2025 sumber
|