CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9502|Reply: 0

[Johor] Cubaan bunuh suami isteri: Suspek didakwa pagi ini

[Copy link]
Post time 21-2-2025 08:04 AM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar. FOTO NSTP.

Johor Bahru: Suspek kes cubaan bunuh dengan melepaskan tembakan di kawasan Machap, Simpang Renggam, Kluang, 10 Feb lalu akan dituduh di mahkamah, pagi ini.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, pihaknya menerima arahan untuk pertuduhan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan selepas kertas siasatan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya semalam.

"Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Majistret Kluang pada jam 9 pagi esok (Jumaat)," katanya dalam kenyataan media, malam tadi.

Media sebelum ini melaporkan, polis menerima laporan cubaan bunuh pada 10 Feb selepas mangsa yang juga wanita berusia 36 tahun didatangi lelaki dipercayai warga tempatan yang bertanyakan pemilik rumah.

Dilaporkan, selepas pertanyaan itu, seorang suspek mengeluar senjata dipercayai pistol dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.

Kumar dipetik berkata, polis berjaya menahan suspek berusia 32 tahun dalam tempoh kurang 24 jam, disusuli empat lagi suspek pada 12.30 tengah hari, 17 Februari lalu.

Katanya, mereka ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee di sini dan masih dalam tahanan reman.

Disiarkan pada: Februari 21, 2025

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.036563 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list