CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1126|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Aplikasi MyDun Klawang mudahkan warga Dun Klawang mohon bantuan, buat aduan

[Copy link]
Post time 20-2-2025 05:17 PM | Show all posts |Read mode

BAKRI menunjukkan aplikasi MyDunKlawang.

Jelebu: Tidak perlu lagi hadir ke pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) jika mahu memohon bantuan atau membuat aduan sebaliknya manfaatkan sepenuhnya aplikasi MyDun Klawang melalui telefon pintar.

Adun Klawang Datuk Bakri Sawir berkata, aplikasi itu diwujudkan bertujuan memudahkan urusan penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) berkenaan, termasuk yang tinggal di luar Dun tanpa perlu hadir ke pejabat.

"Dengan menggunakan aplikasi ini, penduduk boleh membuat aduan dengan lebih mudah dan pantas. Kemudian, mereka boleh melihat tindakan yang diambil berkaitan aduan sama ada sudah diselesaikan atau dalam proses.

"Sama juga berkaitan permohonan, semua itu boleh dilihat semula di dalam aplikasi tanpa perlu hadir ke pejabat," katanya.

Bakri berkata, semua borang disediakan dan hanya perlu diisi secara dalam talian sahaja.

"Aplikasi boleh dimuat naik ke telefon pintar masing-masing daripada 'Play Store' dan 'Apps Store'," katanya.


Disiarkan pada: Februari 20, 2025







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.036105 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list