View: 11495|Reply: 27
|
Hikhikhik Nenek siapa gelak kuat-kuat dalam hutan
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Seorang pemuda berdepan pengalaman seram apabila terdengar suara gelak ketawa seorang warga emas dipercayai nenek sewaktu dia melalukan aktiviti kembara atau hiking di dalam hutan.
Video suara gelak ketawa itu dikongsikan pemuda tersebut pada TikTok Nazihsopian, namun tidak dimaklumkan lokasi berkenaan.
Pada waktu itu, dia melakukan aktiviti kembara atau ‘hiking’ dengan kumpulan lain, namun sewaktu kejadian, dia berada jauh dengan mereka.
Difahamkan, pada mulanya pemuda tersebut mengalami rasa panas di telinga sebelum kedengaran suara gelak ketawa nenek tersebut.
“Terakam suara nenek. Dikatakan gunung ni banyak perkampungan bunian, masa ni kumpulan hiking berada jauh. Biasalah dah seorang, mesti kita nyanyi atau baca apa yang kita tahu. Waktu tengah hari lagi, tempat rahsia,” katanya pada hantaran berkenaan.
Dalam video itu, Nazih membaca beberapa ayat suci al-Quran dan kedengaran jelas suara gelak ketawa pada video itu.
“Ha ha ha, hei tengok ni cu. Ha ha ha, hai,” antara suara yang dapat didengari pada video berkenaan.
Menerusi ruangan komen, ramai yang berkongsi pengalaman seram sewaktu melakukan aktiviti kembara hutan dan mendaki gunung.
“Saya pula masa naik dengan kumpulan hiking, bila nak turun tu lama sangat mereka lepak. Jadi saya turun seorang diri. Naik Gunung Santubong, masa turun dengar juga bunyi panggil-panggil. Tapi otak tu memang fikir nak balik, nak mandi dah,” komen seorang pengguna TikTok.
“Pernah kena juga waktu hiking, ada bisik sekilas ‘terjun la’. Meremang,” kata seorang wanita.
“Kerap hiking seorang, pernah naik waktu tak berapa sihat. Balik tu kaki bengkak tak boleh pijak. Dua bulan juga bertongkat. Rupa-rupanya tersenggol nenek alam sebelah, marah member. Dah aku tak nampak,” kata seorang lagi pengguna TikTok.
Selain itu ada juga yang kagum dengan keberanian Nazih berdepan suasana seram berkenaan.
“Macam mana brother ni kekal bertenang,” kata seorang pengguna TikTok.
“Betul-betul bunian ni ganggu yang iman kuat. Kalau orang-orang biasa dia buat tak tahu. Tambah jenis kuat maksiat, dia orang geli terus,” komen pengguna media sosial yang lain.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Macam bunyi burung & unggas je. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang Asli Semai tu...pakai bahasa khmer |
|
|
|
|
|
|
|
Iols nak klik vdeo takut memang betul ke suara nenek2 |
|
|
|
|
|
|
|
berdasarkan pengalaman saya, itu gema suara grup pompuan kat depan atau belakang |
|
|
|
|
|
|
|
Tak dgq apa.. hijab iols tertutup ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Dengar bunyi unggas jer..sorry nanti kita korek telinga jap..  |
|
|
|
|
|
|
|
ai dah maximize volume tp tak dgr apa pun, sora nenek tu mcm nekta ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Wahai @Admin. Minta ambil tindakan dengan spam dalam forum. Letak la captcha waktu nak create thread atau block new user daripada create thread baru atau reply dalam tempoh 7 hari selepas register. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols siap pakai headphone xdak 1 suara pun dengar, nk jd mcm paranormal yg tipu kt indon ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Akak dengar kat fesbuk
Jelas juga suara nenek tu
Tak tau betul ke bohong
Tapi akak pernah kene tindih dulu dan nenek tu siap cakap something like 'boleh tak nenek...'
Tapi tak complete the sentences sbb akak takbir dlm hati dan terus bangkit
Rilek je laki kat sebelah mcm tade pape |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak tau betul ke tak suara tu suara makhluk ghaib tapi ikut pengalaman hiking, memang kadang2 boleh je dengar suara member2 group kat depan or belakang kita walaupun tak nampak. Maybe faktor bentuk muka bumi, trek yg tertutup oleh pokok2, kita ingat member2 jauh rupanya dekat |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kangkung1M at 20-2-2025 11:38 AM
dua_chzy replied at 20-2-2025 03:26 AM
Penipu la kau
Teringat konten menipu keluarga di bawah.
Konon mereka ter-check-in resort berhantu di Tasik Chini. Masa check-in okay, tapi bila bangun pagi mereka terkejut resort jadi buruk, kosong tak berpenghuni.
Pengalaman seram keluarga ni jadi viral & sekelip mata mereka popular.
Tak lama kemudian setelah netizen melakukan siasatan, ternyata perkongsian tersebut konten semata demi views & likes.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia masuk hutan sorang2 je ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|