CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14617|Reply: 0

[Johor] 'Badan Pak Cik Nor terbakar, saya tak sempat selamatkan dia tapi dapat tarik cucunya'

[Copy link]
Post time 20-2-2025 07:45 AM | Show all posts |Read mode

Tragedi menyayat hati yang mengorbankan sepasang suami isteri dan cucu perempuan mereka dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Muar pada 9 Ogos tahun lepas.

JOHOR BAHRU - Seorang peniaga masih tidak dapat melupakan tragedi menyayat hati yang mengorbankan sepasang suami isteri dan cucu perempuan mereka dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Muar pada 9 Ogos tahun lepas.

Dalam insiden tragis lebih lima bulan lepas, Muhamad Haniff Tumiran, 29, antara individu terawal yang memberikan bantuan bagi menyelamatkan Allahyarham Mohamed Nor Mohamed Yassin dan isteri Ara Hamid serta cucu mereka, Noradriana Nor Hisyam yang terkorbanhttps://www.sinarharian.com.my/article/679500/berita/semasa/tiga-sekeluarga-maut-jenazah-noradriana-dikebumi-sebelah-pusara-ibu.

Muhamad Haniff berkata, semasa kejadian kira-kira jam 2.20 pagi itu, dia yang sedang memotong buah-buahan di dapur rumah keluarganya terlihat cahaya api dari bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Redan.

"Saya kemudiannya bergegas keluar dan mendapati rumah Pak Cik Nor yang terletak bersebelahan sekolah berkenaan sudah terbakar kira-kira 90 peratus, sebelum menemukan mereka bertiga yang terperangkap di bahagian dapur.

"Setelah itu, saya ternampak badan Pak Cik Nor sudah terbakar dan dia mengerang kesakitan tetapi malangnya saya tidak sempat menarik (menyelamatkan) dia, tetapi sempat tarik keluar cucu dia... ALLAH sahaja yang tahu... hingga tersiat kulitnya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor di sini pada Rabu.

Pada majlis itu, Muhamad Haniff antara penerima sijil penghargaan daripada pihak JBPM Johor atas keberaniannya dalam usaha membantu menyelamatkan nyawa mangsa yang terlibat.

Mohamed Nor, 82 dan Ara, 76, meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala Noradriana, 11, menghembuskan nafas terakhirnya ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Raiz Mukhliz Azman Aziz dilaporkan berkata, polis mengklasifikasikan kematian tiga beranak itu sebagai kes bunuh selepas hasil laporan bedah siasat ketiga-tiga mangsa mendapati ada unsur-unsur jenayah. - Bernama


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.071692 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list