CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30375|Reply: 0

[Johor] Sindiket seleweng diesel tumpas, rampasan bernilai lebih RM1.6 juta

[Copy link]
Post time 19-2-2025 09:55 PM | Show all posts |Read mode

Raub (tengah) menunjukkan pam elektrik yang dirampas dalam serbuan pada Selasa.

JOHOR BAHRU - Taktik sindiket penyelewengan diesel yang beroperasi di sebalik imej syarikat pengangkutan di Taman Perniagaan Setia, di sini terbongkar apabila premis tersebut diserbu polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, perkara itu dibongkarkan Pasukan Polis Marin Wilayah Dua menerusi serbuan dibuat sekitar jam 2.30 petang, pada Selasa.

"Modus operandi digunakan sindiket yang beroperasi sejak Oktober tahun lalu itu adalah mendapatkan bekalan diesel daripada kapal tangki di tengah laut dan dipindah menggunakan bot lebih kecil.

"Diesel itu dibawa masuk melalui jeti haram sebelum dipindah ke lori tangki dan dihantar ke premis kilang. Ia kemudian dijual kepada pasaran melibatkan kilang-kilang industri dan syarikat pengangkutan," katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau premis kilang, di sini, pada Rabu.

Tambah Raub, sindiket ini juga dikesan menjalankan operasi pemindahan diesel ke dalam tangki lebih kecil pada waktu malam untuk mengaburi pihak berkuasa.

Ujarnya, aktiviti tersebut dilakukan pada waktu malam untuk mengelak dihidu pihak lain kerana terdapat banyak pergerakan keluar masuk lori tangki ke dalam premis berkenaan.

Stor penyimpanan diesel.

"Empat individu terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 29 hingga 69 tahun berjaya ditahan, dengan rampasan diesel sebanyak 44,500 liter bernilai RM155,750 dibuat.

"Selain diesel, polis turut merampas tiga lori tangki, 14 tangki pelbagai saiz, empat pam elektrik serta satu pameran flow meter dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM1.618 juta," katanya.

Tambah beliau, suspek yang terdiri daripada dua warga asing ditahan reman selama 14 hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

"Kita masih menyiasat peranan setiap suspek dalam sindiket ini serta sama ada masih terdapat saki baki anggota sindiket yang masih bebas," ujarnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.051610 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list