CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35648|Reply: 0

[Johor] Juruteknik mengaku tidak bersalah rasuah penguatkuasa MBIP

[Copy link]
Post time 19-2-2025 06:21 PM | Show all posts |Read mode

Kin Yeong (kiri) didakwa memberi suapan RM4,000 kepada pembantu penguatkuasa MBIP dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Rabu.

JOHOR BAHRU - Seorang juruteknik membaiki mesin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas tuduhan memberi rasuah kepada pembantu penguatkuasa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) pada Rabu.

Tertuduh, Chong Kin Yeong, 46, didakwa memberi suapan RM4,000 kepada seorang pembantu penguatkuasa MBIP untuk tidak menyita mesin di premis TL Toy Happy Fan di Taman Sutera Utama, Skudai sekitar jam 10.30 malam pada 21 Mac tahun lalu.

Tindakan sitaan terhadap mesin di premis dibuat kerana melanggar syarat sah lesen di bawah Undang-Undang Kecil Perlesenan, Tred Perniagaan dan Perindustrian 2018.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntuk penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding, Pegawai Pendakwa SPRM, Ameera D'Aneez Mohd Shukari meminta mahkamah tidak membenarkan tertuduh dijamin berikutan kesalahan itu tidak boleh jamin.

Bagaimanapun, peguam Wong Joon Wye yang mewakili tertuduh menyatakan anak guamnya memberi kerjasama baik kepada SPRM dan tidak mempunyai alasan untuk melarikan diri.

"Tertuduh menyara seorang isteri yang tidak bekerja dan tiga anak dengan pendapatan RM3,000 sebulan, jadi saya mohon mahkamah benarkan jaminan RM5,000," katanya.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM7,000 dengan seorang penjamin warga tempatan serta syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di Pejabat SPRM Johor setiap sebulan selain pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah kemudian menetapkan 19 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.046170 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list