CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26565|Reply: 0

[Johor] Kuncu along gemar bakar rumah akhirnya merengkuk 3 tahun

[Copy link]
Post time 19-2-2025 06:08 PM | Show all posts |Read mode

LI Ao Chen dipenjara tiga tahun selepas mengaku bersalah membakar tiga rumah peminjam di Tangkak, tahun lalu. FOTO Alias Abd Rani

Muar: Lelaki yang menjadi orang suruhan ceti haram (along) dipenjara tiga tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, tadi, atas pertuduhan melakukan khianat dengan api hingga merosakkan tiga rumah peminjam di Tangkak, Johor, tahun lalu.

Tertuduh, Li Ao Chen, 31, membuat pengakuan itu selepas ketiga-tiga pertuduhan dikemukakan jurubahasa di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh bersama-sama rakan yang kini sedang menjalani hukuman penjara empat tahun didakwa melakukan khianat dengan api ke atas rumah mangsa berusia 41 tahun, di Taman Tangkak Jaya 4.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia juga didakwa melakukan perbuatan sama ke atas dua rumah mangsa berusia 52 dan 55 tahun masing-masing di Taman Tangkak Jaya dan Taman Tiara 2 pada 14 September tahun lalu.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh dan rakannya menaiki kereta menuju ke rumah disasarkan sebelum membaling bom petrol dan minyak tanah ke arah rumah mangsa hingga terbakar.

Kejadian itu disedari ketiga-tiga mangsa selepas mereka terdengar bunyi letupan serta bau petrol dan minyak tanah dari luar rumah.

Selain membakar rumah, tertuduh juga meninggalkan nota tertulis nombor kad pengenalan dan telefon bimbit dengan meminta mangsa menghubungi mereka.

Bagaimanapun ketiga-tiga mangsa tidak mengenali nombor kad pengenalan itu malah turut memaklumkan tidak pernah membuat pinjaman Along.

Bertindak laporan dibuat kesemua mangsa, polis berjaya menahan tertuduh di Johor Bahru, pada hari kejadian.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Othman Affan Ismail manakala Ao Chen diwakili peguam, Lau Yi Leong.

Selepas mendengar rayuan dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setahun bagi setiap pertuduhan dengan kesemua hukuman berjalan serentak berkuat kuasa dari tarikh ditahan 14 September tahun lalu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.043990 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list