CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19293|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Sekolah konsep menegak perlu teliti aspek keselamatan, kesesuaian - Fadhlina

[Copy link]
Post time 19-2-2025 06:06 PM | Show all posts |Read mode

FADHLINA (tengah) menjawab pertanyaan wartawan pada sidang media selepas majlis peluncuran dan Karnival Generasi MADANI Kementerian Pendidikan Tahun 2025. FOTO Bernama.

Nilai: Cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membina sekolah dengan kapasiti sehingga 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya perlu penelitian aspek keselamatan dan kesesuaian.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, setakat ini sebuah sekolah paling tinggi adalah 10 tingkat iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Sentosa yang berada di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

"Sebenarnya sekolah bertingkat telah dilaksanakan di peringkat KPM (Kementerian Pendidikan) di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP).

"Ada beberapa sekolah yang dibina secara bertingkat, paling tinggi 10 tingkat dan memang sudah ada di Wilayah Persekutuan, jadi tidak masalah kita fahami isu berkait rapat.

"Ini bukan satu perkara baharu, namun yang lain kita kena tengok dari semasa ke semasa, berapa tingkat yang sesuai dan selamat untuk anak-anak kita," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Peluncuran dan Karnival Generasi MADANI Kementerian Pendidikan 2025 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini, hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan.

Terdahulu media melaporkan, DBKL bercadang membangunkan sekolah dengan konsep menegak, menempatkan bangunan dua blok dengan kapasiti antara 10 hingga 17 tingkat di sekitar ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dilapor berkata, cadangan itu bagi memenuhi keperluan tanah terhad serta pertambahan penduduk di ibu negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Fadhlina berkata, KPM menangani isu kepadatan murid dalam kelas di sebahagian sekolah sebaik sesi persekolahan baharu bermula Ahad lalu.

"Isu kepadatan kelas ini sebenarnya kita sedang tangani termasuk menerusi kemudahan kabin dan pagi tadi saya berkunjung di sebuah sekolah di Cyberjaya serta melihat suasana pembelajaran, ia mampu menangani dalam jangka masa pendek.

"Pembinaan kelas kabin dengan model Sistem Bina Berindustri (IBS) sebenarnya sangat memberi kesan kondusif untuk suasana pembelajaran dan mampu menangani masalah jangka masa pendek berkaitan kepadatan kelas.

"Tetapi komitmen kita tetap jelas untuk kita terus bina sekolah-sekolah baharu sebagaimana kita umum dalam belanjawan dan menyiapkan sekolah-sekolah sedia ada dengan menambah bangunan sekolah yang masih mempunyai ruang," katanya, yang memaklumkan antara sekolah yang berkepadatan tinggi adalah sekitar Selangor.

Mengenai isu kemudahan asrama sekolah berasrama penuh yang uzur, Fadhlina berkata, pihaknya akan mengambil tindakan segera.

"Kita akan pastikan bahawa pembaikan kemudahan sekolah dibaiki melalui peruntukan penyelenggaraan yang disediakan," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.038037 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list