CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7877|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Penjawat awam wanita Negeri Sembilan boleh balik awal bulan puasa

[Copy link]
Post time 19-2-2025 05:50 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.
SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan membenarkan semua penjawat awam wanita termasuk bukan Islam di negeri ini pulang seawal pukul 2 petang pada setiap Jumaat sepanjang bulan Ramadan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, seramai hampir 2,500 penjawat awam wanita mempunyai pilihan untuk masuk kerja pada pukul 7.30 pagi dan pulang seawal 2.00 petang dengan syarat tiada waktu rehat tengahari (cukup jam bekerja).

Bagaimanpun menurut beliau, ketua jabatan adalah bertanggungjawab untuk memantau waktu bekerja pegawai yang perlu bertugas dengan memastikan prosedur dan syarat yang ditetapkan dipatuhi oleh semua pegawai bawah seliaan.

“Ketua Jabatan juga perlu memastikan perkhidmatan kaunter tidak terjejas dengan pelaksanaan kemudahan tersebut.


  • “Semoga pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksibel (WBF) Khas Bulan Ramadhan Tahun 2025 ini akan meningkatkan motivasi semua penjawat awam wanita di Negeri Sembilan dalam memberikan komitmen sepenuhnya kepada perkhidmatan awam Negeri Sembilan,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE


sumber : kosmo



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.072386 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list