CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17456|Reply: 0

[Johor] Harga sayuran jatuh

[Copy link]
Post time 19-2-2025 07:50 AM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Harga sayuran jatuh antara 30 peratus hingga 50 peratus sejak minggu lalu, akibat lambakan bahan mentah berkenaan susulan keadaan cuaca baik selain musim perayaan Tahun Baru Cina yang mulai reda.

Pengerusi Persekutuan Penanam Sayur Sayuran Malaysia, Lim Ser Kwee, berkata, cuaca yang baik menyebabkan bekalan sayuran kembali pulih dengan ladang dan kebun mengeluarkan hasil yang tinggi.

Namun katanya, faktor lambakan sayuran dan kekurangan belian di kalangan pengguna ketika ini, menyebabkan harga sayuran jatuh.

Beliau berkata, kejatuhan harga sayuran itu selepas bahan mentah itu merekodkan kenaikan harga kira-kira dua minggu sepanjang sambutan Tahun Baru Cina.

"Dijangkakan harga sayuran akan naik sehingga 10 peratus beberapa hari akan datang susulan penggal persekolahan baharu yang sudah bermula sekali gus kantin-kantin sekolah beroperasi semula.

"Namun tidak semua harga sayuran akan naik berikutan bekalan yang kini stabil, hanya beberapa jenis sayuran yang menerima permintaan tinggi dan mengalami kekurangan bekalan mengikut lokasi yang selalunya akan naik sedikit.

"Antara sayuran yang merekodkan kejatuhan harga termasuk jenis berdaun iaitu sawi, bayam dan kangkung kini dijual dengan harga runcit RM3.50 hingga RM4 sekilogram berbanding mencecah antara RM9 hingga RM11 sekilogram, pada minggu perayaan Tahun Baru Cina.

"Harga borong timun dari ladang kini hanya RM1.50 hingga RM2 sekilogram berbanding antara RM3.50 hingga RM4.50 sekilogram, pada musim perayaan lalu," katanya ketika dihubungi.

Ditanya mengenai kenyataan Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Yusrizal Yusoff, berhubung sayur-sayuran antara barangan keperluan berisiko mengalami kenaikan harga menjelang Ramadan awal bulan depan, Ser Kwee menolak anggapan berkenaan.

Katanya, harga sayuran selalunya merudum setiap kali musim Ramadan berikutan permintaan yang berkurangan di sebalik lambakan sayuran akibat pengeluaran tinggi susulan cuaca baik.

"Setiap kali Ramadan, harga sayuran biasanya jatuh merudum kerana pembelian amat kurang berbanding hari biasa terutama daripada pelanggan tetap membabitkan gerai, restoran dan hotel.

"Cuaca juga diramal akan terus baik Ramadan ini dan bekalan tidak akan terganggu sebaliknya berlaku lambakan sayuran di pasaran.

"Namun, jika cuaca panas berterusan tanpa hujan lebih dua minggu, diakui ia akan menjejaskan sedikit pengeluaran sayuran namun dijangka tidak akan menganggu bekalan kecuali berlaku kemarau panjang yang tentunya akan menyebabkan bekalan kurang dan kenaikan harga," katanya.

Sementara itu, peniaga sayuran di sebuah pasar basah di Tampoi, Wan Baharuddin Ahmad, berkata trend pembelian pengguna yang rendah terus berlaku menyebabkan jualan sayuran kurang laku sekali gus menyebabkan kejatuhan harga.

Katanya, fenomena pembelian pengguna yang rendah itu semakin kerap berlaku terutama ketika di luar musim perayaan.

"Pelanggan memang sangat kurang selepas perayaan Tahun Baru Cina berakhir. Pengguna mungkin berjimat cermat sekali gus mengurangkan pembelian sayuran.

"Kebiasannya trend itu akan berterusan pada Ramadan dan peningkatan pembelian akan berlaku semula ketika hampir musim perayaan Aidilfitri nanti," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.041723 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list