CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10424|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Pendaki Gunung Angsi, Datuk tanpa permit berdepan denda RM10,000

[Copy link]
Post time 16-2-2025 05:54 PM | Show all posts |Read mode

Kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan menjalankan penguatkuasaan di Taman Eko Rimba Gunung Datuk bagi pemeriksaan permit kepada pendaki.

REMBAU - Pengunjung atau pendaki yang menjalankan aktiviti pendakian di Taman Eko-Rimba dan trek pendakian di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan perlu mendapatkan permit dalam bentuk wristband sebelum menjalankan aktiviti pendakian.

Antara trek pendakian yang dikenakan bayaran permit tersebut ialah Gunung Datuk, Gunung Angsi, Gunung Besar Hantu, Bukit Batu Sawa, Bukit Baginda dan Bukit Senaling.

Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan memaklumkan, pendaki boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya jika gagal berbuat demikian.

Menurutnya, tindakan tersebut adalah tertakluk di bawah Seksyen 47 Akta Perhutanan Negara 1984.

"Bayaran permit masuk adalah sebanyak RM5 untuk warganegara dan RM20 untuk bukan warganegara," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Ujar kenyataan itu, dalam menguatkuasakan pembelian permit masuk itu, satu aktiviti penguatkuasaan telah diadakan di Taman Eko-Rimba Gunung Datuk.

Katanya, para pendaki telah disemak pemakaian wristband dan diberi penerangan oleh kakitangan Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Barat.

Pada masa sama katanya, pendaki diminta menguar-uarkan kepada rakan-rakan dan media sosial berkenaan kewajipan membeli dan memakai wristband sebelum menjalankan aktiviti pendakian.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 02:50 AM GMT+8 , Processed in 2.356385 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list