CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9919|Reply: 0

[Johor] Tiga kilang haram e-waste diserbu, rampasan bernilai RM71.5 juta

[Copy link]
Post time 16-2-2025 05:42 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA rampasan logam elektrik dan elektronik yang diimport dari luar negara dirampas hasil serbuan ke atas tiga kilang yang beroperasi secara haram di Desa Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru, Jumaat lalu. - Foto IHSAN POLIS JOHOR


JOHOR BAHRU – Serbuan ke atas tiga buah kilang memproses buangan elektrik dan elektronik (e-waste) berjadual yang disyaki beroperasi secara haram di Desa Cemerlang, Ulu Tiram di sini, Jumaat lalu menemukan kira-kira 2,499.4 tan pelbagai jenis logam dan plastik yang diimport masuk ke negara ini.

Kegiatan itu terbongkar dalam serbuan bermula pada pukul 6.10 pagi yang dilakukan Unit Risikan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, operasi bersepadu itu dijalankan susulan pihaknya menerima maklumat awam berhubung aktiviti menyimpan dan memproses barang-barang berjadual E-waste secara tidak sah yang dipercayai diimport dari luar negara.

Katanya, dalam operasi itu, dua lelaki warga asing berusia 33 dan 35 tahun yang merupakan pekerja premis berkenaan ditahan.

“Dalam serbuan itu, pelbagai jenis logam seperti besi, bijih timah, tembaga, komponen automotif, elektronik serta plastik seberat 2,499.4 tan dirampas.

ANTARA rampasan logam elektrik dan elektronik yang diimport dari luar negara dirampas hasil serbuan ke atas tiga kilang yang beroperasi secara haram di Desa Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru, Jumaat lalu. – Foto IHSAN POLIS JOHOR

“Selain itu, 47 jentera dan mesin pemprosesan, 10 tong gas, tiga unit telefon bimbit, dua tungku besi dan satu ketuhar pembakar besi turut dirampas.

“Nilai rampasan keseluruhan adalah berjumlah RM71,523,340,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kumar berkata, hasil siasatan mendapati kilang terbabit disyaki telah beroperasi secara haram sejak Januari tahun lalu.

Katanya, rampasan dan tangkapan diserahkan kepada JAS Negeri Johor untuk siasatan lanjut.

ANTARA rampasan logam elektrik dan elektronik yang diimport dari luar negara dirampas hasil serbuan ke atas tiga kilang yang beroperasi secara haram di Desa Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru, Jumaat lalu. – Foto IHSAN POLIS JOHOR

“Pemilik ketiga-tiga premis terbabit masih lagi dikesan untuk tangkapan susulan serta pertuduhan kes,”katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 18 (1), Seksyen 19 dan 34 (A)(6) Akta Kualiti Alam Sekeling 1974 serta Undang-undang kecil 3(1) dan 50(1) Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MBJB 2016. – KOSMO! ONLINE


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.075479 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list