CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 470|Reply: 0

Kadar vaksinasi menurun punca wabak campak terus meningkat

[Copy link]
Post time 15-2-2025 08:52 PM | Show all posts |Read mode


Washington: Wabak campak yang semakin meningkat di barat Texas telah menjangkiti 48 orang, menurut data rasmi negeri yang dikeluarkan kelmarin.

Ia secara langsung menjadi petunjuk terbaharu bahawa penyakit zaman kanak-kanak yang suatu ketika dahulu telah 'dikalahkan' kini kembali muncul seiring dengan penurunan kadar vaksinasi.

Wabak terbabit merebak ketika seorang pengkritik lantang menentang vaksin, Robert F Kennedy Jr, yang berulang kali dan secara palsu mengaitkan vaksin campak, beguk dan rubela dengan autism - menjawat jawatan sebagai Setiausaha Kesihatan Amerika Syarikat (AS).

Jawatan yang memberi beliau kuasa besar dalam dasar imunisasi dikhuatiri akan membantutkan lagi usaha kawalan penyakit yang memerlukan vaksinasi.

Sebahagian besar pesakit demam campak adalah kanak-kanak, semuanya tidak divaksin atau status vaksinasi mereka tidak diketahui, dengan 13 daripadanya dimasukkan ke hospital dan pegawai kesihatan menjangkakan lebih banyak kes akan muncul.

Kadar vaksinasi kanak-kanak menurun di seluruh AS, satu trend yang meningkat ketara semasa pandemik Covid-19, susulan kebimbangan terhadap suntikan vaksin mRNA, diburukkan lagi dengan pelbagai berita palsu, sekali gus merosakkan kepercayaan terhadap institusi kesihatan awam.

Sebahagian besar kes berlaku di Gaines County, yang dilaporkan mempunyai kadar penolakan terhadap vaksin yang tinggi – sering diberikan atas alasan agama.

Secara nasional, kadar vaksinasi dalam kalangan kanak-kanak tadika susut di bawah 93 peratus pada tahun persekolahan 2023-2024, kekal di bawah sasaran Persekutuan iaitu 95 peratus untuk tahun keempat berturut-turut, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.

AS melaporkan 285 kes campak tahun lalu, menurut CDC. Wabak terburuk berlaku pada 2019, apabila 1,274 kes, sebahagian besarnya tertumpu dalam komuniti Yahudi Ortodoks di New York dan New Jersey, menjadikannya jumlah tertinggi nasional dalam beberapa dekad.

Campak adalah penyakit berjangkit yang sangat mudah merebak yang terkenal dengan ruamnya, tetapi ia boleh juga menyebabkan radang paru-paru, jangkitan otak, dan komplikasi teruk yang lain.

Penyakit ini kekal sebagai pembunuh utama di seluruh dunia, meragut puluhan ribu nyawa setiap tahun.

Pengesahan Kennedy sebagai setiausaha kesihatan as mencetuskan kebimbangan ramai dalam komuniti perubatan, yang berpendapat 'campak dan RFK Jr saling berkait'.

Apabila penyebar utama propaganda untuk gerakan anti-vaksin memegang jawatan tertinggi dalam kuasa kerajaan yang berkaitan dengan kesihatan, satu-satunya 'manfaat' yang umum dapat adalah penyebaran meluas penyakit seperti campak.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.048862 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list