CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 484|Reply: 0

Thailand hantar pulang 10 warga China berkait kes penipuan siber babit pelakon

[Copy link]
Post time 15-2-2025 08:39 PM | Show all posts |Read mode

Mangsa yang didakwa terjebak dalam pusat penipuan menaiki bot untuk menyeberangi sungai di sempadan Myanmar-Thailand, sebelum disambut oleh tentera Thailand ketika mereka dipulangkan dari Kyauk Khet di perbandaran Myawaddy, Myanmar. - Foto AFP

BANGKOK: Thailand menghantar pulang 10 warga China dikaitkan dengan kes penculikan pelakon terkenal yang diselamatkan dari sebuah pusat penipuan siber di Myanmar, menurut pihak polis Thailand kepada AFP hari ini.

Pusat penipuan semakin berkembang pesat di kawasan sempadan Myanmar dan biasanya dikendali warga asing, yang sering diperdagangkan dan dipaksa bekerja, menipu rakan senegara mereka dalam industri, yang menurut penganalisis, bernilai bilion dolar.

Suspek berkenaan adalah sebahagian daripada sebuah sindiket yang beroperasi di Myawaddy, Myanmar dan didakwa terbabit dalam penipuan terhadap warga China, termasuk pelakon, Wang Xing, menurut kenyataan polis semalam.

"Kumpulan terbabit dihantar pulang (ke China) pada petang semalam," kata seorang pegawai polis kepada AFP hari ini.

Mereka diterbangkan keluar dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok, dengan kawalan polis imigresen Thailand.

Kesemua 10 individu itu dihantar pulang 'untuk pihak polis China mendakwa mereka,' kata polis Thailand, semalam.

Kebimbangan terhadap operasi penipuan siber semakin meningkat selepas pelakon, Wang, diselamatkan dari sebuah pusat penipuan di Myanmar pada Januari lalu.

Wang berkata dia dipujuk untuk datang ke Thailand dengan janji uji bakat, tetapi sebaliknya dibawa lari dan diseludup melintasi sempadan.

Mangsa pelbagai negara yang terperangkap di pusat penipuan, selepas diperdaya atau diperdagangkan untuk bekerja di Myanmar, membawa barangan mereka dan berbaris untuk menaiki trak tentera selepas dihantar ke Thailand, di Daerah Phop Phra, wilayah Tak, Thailand. - Foto REUTERS

Selepas operasi penyelamatannya, sindiket itu melarikan diri dari Myanmar ke Kemboja sebelum akhirnya ditangkap di Thailand, kata pegawai kanan polis, Thatchai Pitaneelaboot, yang mengetuai usaha memerangi pemerdagangan manusia, dalam satu kenyataan.

Kesemua 10 suspek mengambil bahagian dalam pelbagai peranan menerusi penipuan itu, termasuk sebagai pengurus, pengawal keselamatan dan operator pusat panggilan yang menipu mangsa.

Polis Thailand komited untuk mempergiatkan siasatan terhadap aset dan bekerjasama dengan agensi pengawalan pengubahan wang haram negara itu untuk memerangi penipuan pusat panggilan.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa menahan 29 suspek di perbandaran Tachileik, timur Myanmar, atas kesalahan perjudian dalam talian dan penipuan kewangan pada 12 dan 13 Februari, lapor Xinhua.

Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negara dalam satu kenyataan semalam memaklumkan kumpulan itu merangkumi tujuh warga Thailand dan 22 warga Myanmar.

Pihak berkuasa turut merampas 440 komputer, 390 telefon bimbit, dua kenderaan tanpa dokumen dan barangan berkaitan dadah.

Warga Thailand berkenaan memasuki Myanmar melalui Jambatan Persahabatan Thailand-Myanmar No. 1 untuk bekerja dan melancong sebelum direkrut oleh individu terbabit dalam perjudian dalam talian dan penipuan kewangan, menurut kenyataan suspek kepada pihak berkuasa. - AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.040904 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list