CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 181|Reply: 2

[Johor] Lelaki pandu Axia pusing beratus kali di bulatan alami skizofrenia

[Copy link]
Post time 15-2-2025 05:07 PM | Show all posts |Read mode

Pemandu Axia yang membuat pusingan beratus kali di Bulatan Mahkota, Kluang disahkan mengalami penyakit skizofrenia. Foto tular

KLUANG - Pemandu kereta Axia berwarna putih yang dikatakan membuat pusingan beratus kali di Bulatan Mahkota, di sini yang videonya tular disahkan mengalami penyakit skizofrenia.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, lelaki tempatan berusia lingkungan 50-an itu sedang menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini, bagi penyakit terbabit.

Jelasnya, lelaki terbabit juga masih mendapat rawatan di sebuah klinik dan pernah menerima rawatan penyakit mental di Hospital Permai, Johor Bahru pada 2020 dan 2021.

"Pada jam 8.20 malam Khamis, polis menerima laporan berhubung kejadian itu. Kenderaan terbabit berjaya dihentikan anggota polis kira-kira 10 minit kemudian.

"Tiada sebarang kemalangan dan kecederaan dilaporkan berlaku. Siasatan dilakukan mendapati kereta Axia yang dipandu itu milik abang kepada lelaki terbabit," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Video tular yang memaparkan sebuah Perodua Axia dipandu mengelilingi Bulatan Mahkota, Kluang beratus kali. Foto tular
Bahrin memaklumkan, pihak keluarga dinasihatkan tidak membenarkan lelaki terbabit keluar rumah tanpa ahli keluarga selain dilarang memandu kenderaan.

Sebelum ini, seorang pemandu Perodua Axia dikatakan memandu mengelilingi Bulatan Mahkota di Kluang, beratus kali bermula dari pagi hingga malam.

Menerusi video tular berdurasi 57 saat itu, jelas memaparkan kereta terbabit membuat pusing sambil menyalakan isyarat 'double signal' atau lampu isyarat kecemasan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2025 01:56 AM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

@tari pong hada kes skizofrenia jugak ke...? Hada jumpa topik isi yang dah sama kat sini...

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5400765&extra=page%3D1


Jizzz... Klong! Klong!

Comments

baik, next time akan lebih berhati2  Post time 16-2-2025 06:19 PM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 02:41 AM GMT+8 , Processed in 1.281146 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list