CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 124|Reply: 0

[Johor] Lelaki maut, kenderaan bertembung akibat lampu isyarat rosak

[Copy link]
Post time 15-2-2025 04:53 PM | Show all posts |Read mode


BATU PAHAT - Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah trak pikap dan kenderaan utiliti sukan (SUV) di persimpangan lampu isyarat Taman Kota, Yong Peng, pada pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, nahas yang turut tular di media sosial itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi, dipercayai berpunca daripada kerosakan lampu isyarat di lokasi kejadian.

"Siasatan awal mendapati trak pikap yang dipandu mangsa berusia 33 tahun bersama isterinya datang dari arah Ayer Hitam, manakala SUV yang dipandu seorang lelaki berusia 20 tahun datang dari arah Taman Kota.


Pemandu trak pikap maut selepas kenderaan dipandu berlanggar dengan sebuah SUV di persimpangan lampu isyarat Taman Kota, Yong Peng, pada Jumaat. Foto IPD Batu Pahat

"Akibat perlanggaran itu, pemandu trak pikap mengalami kecederaan parah, termasuk patah tangan kiri serta luka di bahagian kaki kanan, sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Hasil bedah siasat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), pegawai perubatan mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat kecederaan pelbagai yang konsisten dengan kemalangan jalan raya," katanya.

Keadaan SUV yang terlibat kemalangan dengan sebuah trak pikap di persimpangan lampu isyarat Taman Kota, Yong Peng, pada Jumaat. Foto IPD Batu Pahat

Shahrulanuar berkata, pemandu SUV pula tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan berkenaan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana kesalahan memandu secara melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian dan jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara antara dua hingga 10 tahun serta denda antara RM5,000 hingga RM20,000.

Kegagalan lampu isyarat berfungsi dipercayai menjadi punca kemalangan berkenaan. Foto IPD Batu Pahat

"Polis turut menasihatkan pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati, terutama ketika berdepan dengan lampu isyarat yang tidak berfungsi, bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.141994 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list