CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 105|Reply: 0

[Johor] Tempoh reman Man Tiger disambung mulai Isnin

[Copy link]
Post time 15-2-2025 04:46 PM | Show all posts |Read mode

Tempoh reman suspek dikenali Man Tiger (kiri) dijangka disambung bagi membantu siasatan.

BATU PAHAT - Tempoh reman terhadap seorang lelaki yang dikenali sebagai Man Tiger dijangka disambung mulai Isnin ini.

Suspek berusia 32 tahun itu sebelum ini direman selama tujuh hari sejak 11 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971.

Lelaki warga tempatan tersebut dipercayai terlibat dalam insiden melepaskan enam das tembakan di hadapan sebuah rumah di Kampung Bukit Batu Machap, Simpang Renggam, Kluang pada Isnin lalu.

Bagaimanapun, suspek berjaya ditahan sekitar jam 7 malam hari yang sama di tepi Jalan Setia 1, Pusat Setia Perdagangan, Simpang Renggam.

Siasatan awal mendapati, suspek mempunyai 27 rekod jenayah lampau dan positif dadah jenis methamphetamine.

Untuk rekod, kejadian tembakan tersebut mengakibatkan sepasang suami isteri mengalami detik cemas apabila rumah mereka menjadi sasaran serangan.

Bagaimanapun, kesemua enam das tembakan yang dilepaskan tersasar.

Laporan mengenai insiden itu diterima pihak polis pada jam 12.17 tengah hari daripada seorang suri rumah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.243862 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list