CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 114|Reply: 0

[Johor] Dakwaan PRU hujung tahun cara Bersatu kekal relevan - Ahmad Maslan

[Copy link]
Post time 15-2-2025 04:43 PM | Show all posts |Read mode

Ahmad (tiga dari kiri) menerima cenderamata selepas merasmikan Mesyuarat Agung Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Pontian pada Sabtu.

PONTIAN - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyifatkan dakwaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahawa kemungkinan pilihan raya mengejut diadakan pada hujung tahun ini, menunjukkan parti itu terpaksa mencipta isu untuk kekal relevan.

Beliau berkata, isu pilihan raya yang dicanang itu dilihat sebagai cara parti terbabit terus bertahan di mata penyokong mereka.

"Saya kira antara punca mengapa mereka kata ada pilihan raya di peringkat pusat, mungkin kerana parti mereka sukar bertahan, apa maksudnya?

"Saya beri analogi begini, parti dia perlu maraton tetapi hanya boleh lari 100 meter tidak seperti kita (UMNO) yang boleh maraton," katanya.

Timbalan Menteri Kerja Raya yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Johor itu ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Pontian di sini pada Sabtu.

Minggu lepas, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan berkata, parti itu sedang bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan berlaku pilihan raya umum (PRU) mengejut atau 'snap election' pada hujung tahun ini.

Mohamed Azmin dilaporkan berkata, perkara itu ditegaskan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta semua jentera parti digerakkan.

Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat berkata, Kerajaan Madani kini bekerja keras agar setiap dasar serta pendekatan yang dirancang dirasai rakyat.

Justeru, katanya, pilihan raya mengejut yang dikatakan akan diadakan pada penghujung tahun ini tidak sewajarnya dibangkitkan.

Jelas beliau, mengikut pengalaman lalu, PRU atau pilihan raya negeri (PRN) akan diadakan selepas tempoh penggal pentadbiran hampir matang atau tamat.

"Kebanyakan pilihan raya yang diadakan di negara kita adalah mengikut tempoh dalam masa antara empat ke lima tahun sebelum tempoh matang.

"Sekarang ini (kerajaan Perpaduan) baru masuk dua tahun lebih. Untuk apa diadakan pilihan raya dalam tempoh dua tahun, pada pandangan saya.

"Banyak dasar yang diperkenal kerajaan Perpaduan baru di peringkat awal. Biasanya hasil dasar itu mengambil masa antara tiga ke empat tahun, barulah ada kesan merata kepada rakyat dan dirasai masyarakat," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.050647 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list