CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14489|Reply: 0

[Johor] Malam-malam panjat katil pelajar, ustaz dijel 150 tahun

[Copy link]
Post time 13-2-2025 05:15 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Faizal mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi hari ini atas 15 tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya tahun lalu.


KOTA TINGGI – Perbuatan tidak bermoral seorang pekerja madrasah dekat Mersing melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar lelaki tahun lalu terbalas apabila dia dipenjara 150 tahun dan 30 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Hayda Faridzal Abu Hasan menjatuhkan hukuman itu terhadap pembantu guru madrasah, Mohd Faizal Man, 45, selepas mengaku bersalah atas 15 pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan semua kertas pertuduhan, bapa tunggal itu didakwa melakukan kesalahan dengan melakukan perbuatan mencabul bagi maksud seksual dan seks oral ke atas seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dua bulan.

Semua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik tidur dalam surau madrasah tahfiz berkenaan di Air Papan, Mersing bermula pertengahan Mei 2024 hingga 31 Oktober 2024.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak.

Tertuduh turut diperintahkan menjalani kaunseling pemulihan ketika tempoh penahanan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama setahun selepas selesai menjalani hukuman.

Mengikut fakta kes, laporan polis dibuat keluarga mangsa selepas mangsa tidak mahu pulang ke madrasah tahfiz itu pada 29 Januari lalu kerana mendakwa selepas mendaftar masuk ke madrasah itu pada 24 April 2024 dan pada penghujung April itu, dia ditempatkan di satu bilik bersama tertuduh dan merasa sakit dan perit pada bahagian dubur ketika bangun pagi.

Mangsa mendakwa pada waktu malam ketika sedang tidur, dia diperlakukan perkara tidak senonoh berulang kali. Tertuduh kemudian ditahan polis pada 30 Januari lalu.-KOSMO! ONLINE


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.085156 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list