Bangkok: Lima belas rakyat Malaysia antara 260 warga asing yang menjadi mangsa sindiket pusat panggilan di Myawaddy, Myanmar, yang dibebaskan pihak berkuasa negara itu dan dihantar ke Thailand untuk proses penghantaran pulang, hari ini.
Pihak berkuasa Myanmar menyelamatkan mangsa dari KK Park dan Shwe Kokko, dua bandar sempadan yang terkenal dengan aktiviti pemerdagangan manusia, sebelum memindahkan mereka ke Thailand bagi proses dokumentasi dan penghantaran pulang ke negara masing-masing.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Thailand, Phumtham Wechayachai berkata, mangsa dibawa masuk ke Thailand melalui pusat pemeriksaan Ban Chong Khaep di Daerah Phop Phra, Wilayah Tak.
"Sebaik tiba di Thailand, mangsa akan menjalani saringan ketat di bawah Mekanisme Rujukan Nasional (NRM), sistem yang direka untuk memberikan bantuan dan perlindungan kepada mangsa pemerdagangan manusia," katanya kepada media pada Rabu.
Beliau berkata, selepas proses saringan, Kementerian Luar Thailand akan berkoordinasi dengan kedutaan masing-masing bagi melengkapkan dokumentasi yang diperlukan serta mengatur kepulangan segera mangsa ke negara asal mereka.
Phumtham menegaskan bahawa Thailand tidak mempunyai dasar untuk menubuhkan pusat perlindungan atau penempatan sementara bagi individu terbabit, dengan mengambil kira risiko keselamatan serta kemungkinan mangsa kembali terperangkap dalam jaringan pemerdagangan manusia.

|