CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20796|Reply: 0

Lelaki 'psiko' sorok dua mayat dalam tilam, tangki septik

[Copy link]
Post time 6-2-2025 10:44 PM | Show all posts |Read mode

Mayat isteri pelaku yang dibunuh pada November 2022 dijumpai selepas penemuan jasad Sri Pujayanti. Foto Agensi

BEKASI - Dua pembunuhan menggemparkan terbongkar selepas penemuan mayat seorang wanita di sebuah rumah.

Perbuatan lelaki dikenali sebagai Sunardi, 44, turut mengejutkan penduduk di Kampung Cikoronjo, Desa Sindangmulya, Cibarusah, Kabupaten Bekasi, Jawa Barat di Indonesia pada Rabu.

Jurucakap polis, Kombes Mustofa berkata, pelaku bukan hanya membunuh petugas koperasi malah melakukan perbuatan sama terhadap isteri keduanya, Amaidah yang masih berpakaian lengkap dan ditemui dalam keadaan sudah mereput di dalam tangki septik rumahnya.

"Penemuan itu dibuat ketika pihak berkuasa menggeledah rumah suspek. Siasatan awal mendapati Sunardi membunuh Amaidah yang dinikahi secara rasmi pada November 2022.

"Cemburu jadi punca mangsa dibunuh setelah dia menuduh isterinya curang," ujarnya lagi.

Menurut polis, penggeledahan rumah itu pada mulanya dibuat setelah mayat kakitangan bank, Sri Pujayanti ditemui pada Selasa.

"Mangsa mahu mengutip hutang yang tertunggak selama sebulan. Pelaku enggan melunaskan hutang itu, namun terus didesak mangsa.

"Suspek yang berang bertindak mencekik Sri dengan tudung dipakai mangsa dan mengheret tubuhnya ke dalam rumah. Dia juga cuba menghilangkan jejak Sri dengan meletakkan motosikal di ruang parkir berhampiran rumah sakit," jelasnya lagi.

Tambahnya, Sunardi kemudiannya kembali ke rumah dan menyembunyikan mayat mangsa di tepi tembok bilik dan menutupinya dengan tilam spring.

"Pembunuhan itu akhirnya diketahui ahli keluarga mangsa selepas mereka berasa curiga lalu menyerbu masuk rumah Sunardi setelah suspek cuba berdolak-dalik," menurutnya. - Agensi





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2025 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.039935 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list