CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10259|Reply: 0

EU digesa tingkatkan keupayaan pergerakan tentera susulan peningkatan ancaman

[Copy link]
Post time 6-2-2025 05:40 PM | Show all posts |Read mode

Canselor Jerman, Olaf Scholz bercakap kepada media di luar bangunan Justus Lipsius, semasa retret tidak rasmi pemimpin Kesatuan Eropah (EU) di Brussels. - Foto AFP

BRUSSELS: Program Kesatuan Eropah (EU) untuk memudahkan pergerakan tentera dan senjata dengan pantas ke seluruh benua melalui peningkatan rangkaian pengangkutan kini terjejas akibat kekurangan pemikiran strategik, menurut sebuah agensi pemantau EU pada Rabu.

Isu 'mobiliti ketenteraan' semakin menjadi keutamaan dalam agenda politik Eropah sejak pencerobohan Russia ke atas Ukraine pada 2022.

Ia mendorong negara EU lain berusaha menaik taraf rangkaian pengangkutan bagi memastikan pergerakan tentera dan kelengkapan dapat dilakukan dengan pantas sekiranya berlaku krisis.

Namun, satu laporan oleh Mahkamah Juruaudit EU, yang bertanggungjawab meneliti perbelanjaan blok itu, mencadangkan bahawa EU perlu meningkatkan usaha bagi memastikan ia lebih bersedia menghadapi sebarang kecemasan ketenteraan.

"Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang berbanding sebelum ini, kata Presiden Mahkamah Juruaudit EU, Tony Murphy, di mana EU berusaha untuk memperkukuh daya tahan terhadap sebarang ancaman.

"Oleh itu, mobiliti ketenteraan menjadi keutamaan utama dalam keupayaan pertahanan EU.Jelas terdapat keperluan mendesak untuk kelajuan, namun kami mendapati terdapat beberapa halangan di sepanjang laluan," katanya.

Badan pemantau itu menyatakan bahawa pelan tindakan EU bernilai 1.7 bilion euro (RM8.6 bilion) tidak mempunyai tumpuan yang jelas, dengan keputusan pembiayaan yang tidak mengambil kira projek mana yang paling bernilai dari sudut ketenteraan.

Sebagai contoh, dua bahagian daripada 'salah satu jalan paling strategik di EU dari perspektif ketenteraan' dibiayai melalui program itu, tetapi bahagian akhir jalan berkenaan tidak termasuk dalam pembiayaan. Laporan itu bagaimanapun tidak mendedahkan jalan yang dimaksudkan.

Dana EU, antara lain, telah digunakan untuk projek membina jambatan kereta api di Jerman, menambah baik rangkaian pengangkutan ke sebuah pangkalan tentera di Estonia, serta membangunkan sebahagian jalan raya menuju ke sempadan Lithuania-Poland.

Namun, laporan itu turut menyatakan bahawa sesetengah negara EU yang berkongsi sempadan tetap melaksanakan projek secara berasingan tanpa pendekatan yang selaras.

Badan pemantau itu mengesyorkan agar EU menambah baik proses membuat keputusan mengenai mobiliti ketenteraan dan memudahkan pihak berkuasa untuk meramalkan projek mana yang akan menerima pembiayaan. - REUTERS


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2025 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.039921 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list