CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35410|Reply: 0

[Johor] Pengemis di JB 'collect' RM600 sehari

[Copy link]
Post time 5-2-2025 10:07 PM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 18 warga asing selepas menggempur aktiviti pengemis jalanan warga asing di dua lokasi pasar malam di Kampung Melayu Majidee dan Taman Abad, di sini, kelmarin.

Pengarah Imigresen Johor Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, operasi penguatkuasaan dijalankan anggota Bahagian Penguatkuasa JIM Johor itu dibuat, jam 7 malam.

"Tindakan diambil susulan aduan awam yang diterima dan risikan JIM Johor ke atas kegiatan mengemis yang membabitkan warga asing di sekitar daerah ini.

"Seramai 18 warga asing yang ditahan terdiri daripada empat lelaki warga China, empat lelaki Thailand, tiga lelaki dan seorang wanita Kemboja, dua wanita dan dua lelaki Syria, seorang lelaki Bangladesh serta seorang lelaki Pakistan.

"Mereka yang ditahan berusia 40 tahun hingga 69 tahun," katanya pada kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati, semua pengemis mampu meraih pendapatan purata harian sehingga RM600 seorang.

Sementara itu, dalam operasi berasingan, JIM Johor menahan lapan pendatang asing tanpa izin (Pati) dalam serbuan di empat premis, termasuk kandang ternakan, dalam ladang kelapa sawit sekitar Felda Tenggaroh, Mersing, kelmarin.

Katanya, operasi dijalankan oleh JIM Cawangan Mersing bermula jam 2.35 petang hingga jam 5.50 petang.

"Mereka membabitkan lima lelaki warga Indonesia, dua lelaki warga India serta seorang lelaki warga Myanmar berusia 27 hingga 50 tahun," katanya.

Semua yang ditahan melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.050932 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list