CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6074|Reply: 0

Puluhan gempa bumi kecil gegar Santorini, sekolah diarah tutup

[Copy link]
Post time 2-2-2025 05:38 PM | Show all posts |Read mode


ATHENS – Sekolah-sekolah di pulau pelancongan Greece, Santorini akan ditutup esok selepas berpuluh-puluh gempa bumi kecil menggegarkan wilayah itu, demikian menurut pengumuman pihak berkuasa perlindungan awam.

Pegawai kerajaan termasuk Menteri Perlindungan Awam, Vasilis Kikilias mengarahkan langkah itu selepas beberapa siri gegaran direkodkan di laut sekitar Santorini dan pulau-pulau sekitarnya.

Ia merupakan tapak salah satu letusan gunung berapi terbesar dalam sejarah yang pernah direkodkan.

Berpuluh-puluh gempa bumi kecil telah direkodkan dengan yang paling kuat setakat ini adalah  4.6 magnitud.

Hari ini, gempa bumi bermagnitud 4.1 dan 4.5 menggegarkan wilayah itu, demikian menurut Jabatan Geofizik Universiti Athens.

Ini didahului oleh 11 gempa bumi lain dalam masa beberapa jam.


Pihak berkuasa berkata, gempa bumi itu disebabkan oleh aktiviti tektonik dan bukannya gunung berapi, lapor Agensi Berita Athens.

Pihak berkuasa Greece menyeru rakyat untuk mengelakkan perhimpunan besar di ruang tertutup dan menjauhi kawasan binaan tertentu.

Santorini merupakan salah satu pulau paling popular dalam kalangan pelancong di Greece. – AFP


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.039791 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list