CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4912|Reply: 0

4 hari jatuh lubang benam, usaha selamatkan pemandu dipergiat

[Copy link]
Post time 2-2-2025 04:58 PM | Show all posts |Read mode


TOKYO – Pasukan penyelamat Jepun membina cerun demi menyelamatkan pemandu trak yang masih terperangkap di bawah tanah selepas kenderaannya ‘ditelan’ lubang benam gergasi, empat hari lalu di Tokyo.

Operasi mencari dan menyelamat bertambah sukar apabila lubang benam yang muncul di Yashio, wilayah Saitama itu semakin membesar sehingga mencapai 40 meter lebar.


Panjang lubang benam tersebut menyamai panjang kolam renang Olimpik.

“Kami baru sahaja membina cerun sepanjang 30 meter untuk menghantar peralatan berat ke dalam lubang.

“Kami juga akan membersihkan serpihan dan menyelamatkan pemandu itu secepat yang mungkin,” kata Gabenor Saitama, Motohiro Ono kepada pemberita.

Tanah dan serpihan lain yang meliputi kabin lori telah menghalang komunikasi antara pasukan penyelamat dengan pemandu berusia 74 tahun terbabit sejak Selasa lepas.

“Kebanyakan air bawah tanah yang bocor di dalam lubang itu juga berhenti,” tambah Ono.

Dinding lubang yang kini mempunyai kedalaman sehingga 15 meter itu terus terhakis, sekali gus menghalang anggota penyelamat untuk berada di dalamnya lebih lama.

Seramai 1.2 juta penduduk yang tinggal berhampiran turut diminta untuk mengurangkan penggunaan bilik mandi, tandas serta dobi bagi mengelakkan kebocoran kumbahan yang boleh menjejaskan operasi. – AFP


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2025 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.055040 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list