CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3716|Reply: 0

[Johor] Sindiket kumpul minyak sawit mentah tumpas

[Copy link]
Post time 28-1-2025 10:53 AM | Show all posts |Read mode


Kluang : Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) memutuskan rangkaian sindiket pengumpulan minyak kelapa sawit mentah tanpa permit di Masai dan Pasir Gudang membabitkan nilai keseluruhan rampasan RM806,500.

Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner (SAC) Hakemal Hawari berkata, kegiatan itu terbongkar selepas pihaknya menahan tiga lelaki di kawasan perindustrian Pasir Gudang, Sabtu lalu.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati sindiket ini beroperasi selama enam bulan dan kedua suspek warga tempatan dipercayai bertindak sebagai pemandu lori manakala suspek warga asing sebagai penjaga premis.

"Batalion 5 PGA merampas sebuah lori jenis Daihatsu 3 tan dan jenis Hino berserta tanker; empat tong drum besi, satu hos getah dan 49 tan minyak sawit mentah yang bernilai RM294,000.

"Hasil pemeriksaan ke atas semua suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen memiliki dan menyimpan minyak sawit mentah," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat oleh Malaysian Palm Oil Board (MPOB) di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.046286 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list