CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3695|Reply: 0

[Johor] Lelaki miliki rekod jenayah ditahan cuba sogok polis RM18,500

[Copy link]
Post time 28-1-2025 10:50 AM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Seorang lelaki yang mempunyai rekod lampau dadah dan jenayah ditahan selepas cuba menyogok anggota polis RM18,500 supaya tidak ditahan dalam kejadian di Segamat, petang semalam.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), suspek lelaki berusia 30 tahun itu telah ditahan di Balai Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat kira-kira jam 3 petang semalam.

"Insiden itu berlaku selepas pacuan empat roda dinaiki lelaki berusia 30 tahun itu bersama empat rakan lain, ditahan sebelum diperiksa anggota polis.

"Pemeriksaan lanjut dibuat ke atas tubuh badan dan kenderaan yang dinaiki menjumpai pelbagai jenis dadah dan alatan yang disyaki untuk jenayah pecah rumah.

"Semasa proses penahanan dilakukan, suspek telah menyogok anggota polis dan memberikan wang rasuah sebanyak RM18,500 dan meminta untuk tidak ditangkap.



"Hasil semakan kad pengenalan terhadap kesemua individu mempunyai rekod lampau dadah dan jenayah," kata sumber berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.036745 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list