Proses autopsi dilakukan ke atas jasad mangsa. Foto Agensi
JEMBER - Seorang lelaki berdepan kematian tragis di tangan anak sendiri.
Insiden itu berlaku berhampiran rumah mereka di Dusun Jadukan, Jember, Jawa Timur yang turut menggemparkan warga Desa Mojosari, Kecamatan Puger pada Isnin.
Pelaku dikenali sebagai Akbar, 19, membunuh bapa kandungnya, Haji Jenuri, 61, yang merupakan pemilik toko bangunan di desa tersebut.
"Lebih sadis, tubuhnya berada di pinggir jalan dekat tiang bendera manakala kepalanya ditemui di rumah tetangga sejauh 200 meter dari lokasi kejadian," kata jurucakap pihak berkuasa.
Pembunuhan mengerikan yang memaparkan pelaku memenggal leher mangsa hingga putus menggunakan parang itu disaksikan penduduk.
Saksi yang terkejut hanya mampu menjerit meminta tolong.
Selepas membunuh bapanya, suspek cuba menamatkan riwayatnya, namun hanya cedera dan kini dirawat di hospital.
"Mangsa sempat memanggil 'orang pintar' untuk mengubati anaknya, namun berakhir tragedi," kata Koptu Herman Jatmiko.
Difahamkan, jasad korban juga sudah dibawa di RSD dr Soebandi Jember untuk proses autopsi. - Agensi
|