CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4705|Reply: 0

Perancis akan tarik balik beberapa sekatan ke atas Syria

[Copy link]
Post time 28-1-2025 10:12 AM | Show all posts |Read mode


ISTANBUL - Perancis mengumumkan pada Isnin akan menarik balik atau menggantung sekatan tertentu ke atas sektor tenaga, pengangkutan dan kewangan Syria untuk menyokong usaha penstabilan ekonomi dan pembinaan semula negara itu.

"Kami memutuskan hari ini untuk menarik balik atau menggantung sekatan tertentu yang menjejaskan sektor tenaga, pengangkutan atau kewangan yang kini menghalang kestabilan ekonomi negara dan permulaan proses pembinaan semula," kata menteri luar Perancis, Jean-Noel Barrot sempena mesyuarat Majlis Hal Ehwal Luar EU di Brussels.

"Penggantungan sekatan ini harus disertai dengan peralihan politik yang melibatkan semua rakyat Syria," kata Barrot sambil menekankan keperluan untuk tadbir urus inklusif, lapor Agensi Anadolu (AA).

Beliau juga menekankan kepentingan memastikan keselamatan di rantau itu.

Untuk mengukuhkan usaha ini, Perancis akan menganjurkan edisi ketiga Persidangan Aqaba pada 13 Feb.

Menurut Barrot, acara itu akan "menghimpunkan rakan kongsi antarabangsa Syria untuk memberikan sokongan dan memastikan pelaksanaan langkah peralihan politik dan jaminan keselamatan."

Ini bukan sahaja mengenai Syria, tetapi "ini melibatkan kebimbangan mengenai keselamatan warga Eropah dan Perancis," katanya. - Bernama-AA


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.036087 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list