CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5012|Reply: 0

[Johor] Geng Boy curi kabel telekomunikasi tumpas

[Copy link]
Post time 27-1-2025 05:13 PM | Show all posts |Read mode

Geng Boy curi kabel tumpas dengan penahanan empat lelaki tempatan. FOTO OMAR AHMAD

Johor Bahru: Geng Boy yang bergiat aktif mencuri kabel telekomunikasi sejak Ogos tahun lalu tumpas dengan penahanan empat lelaki di Taman Melodies, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek berusia 26 hingga 36 tahun itu ditahan kurang 24 jam selepas polis menerima maklumat kehadiran lelaki yang mencurigakan.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis melakukan serbuan di lokasi dan empat lelaki terbabit berjaya melarikan diri dengan meninggalkan lori serta kabel yang dicuri.

"Pihak polis kemudian menjejaki suspek menerusi lori yang ditinggalkan sebelum berjaya menahan mereka di sekitar Kota Masai dan Johor Bahru," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Menurut Raub, modus operandi Geng Boy adalah dengan cara menarik kabel optik bawah tanah 'main hole' menggunakan pacuan empat roda sebelum memotongnya menggunakan mesin pemotong besi dan pemotong kayu.

"Tertangkapnya empat suspek ini, kita berjaya menyelesaikan lima kes lagi berkaitan curi kabel yang dilaporkan sekitar Masai dan Johor Bahru.

"Polis turut merampas sebuah lori, kereta Honda City, 28 batang kabel optik berukuran tiga meter, sebatang kabel optik berukuran 90 meter, mesin pemotong kayu, mesin gergaji dan lima unit telefon bimbit," katanya.

Menurutnya, semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod lampau termasuk kes dadah dan jenayah, selain turut positif dadah jenis methamphetamin.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Disiarkan pada: Januari 27, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.058360 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list