CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4905|Reply: 0

[Johor] Warga asing hidup mewah jual vape perisa dadah

[Copy link]
Post time 27-1-2025 05:09 PM | Show all posts |Read mode

Sindiket pengedaran dadah yang didalangi lima individu termasuk tiga warga Singapura dan seorang Warga Thailand ditahan dalam dua serbuan. FOTO OMAR AHMAD

Johor Bahru: Penahanan suspek kes samun bersenjata membawa kepada pembongkaran sindiket pengedaran dadah didalangi lima individu termasuk tiga warga Singapura dan seorang warga Thailand.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kesemua suspek ditahan dalam dua serbuan di lokasi berbeza pada 17 Januari dan 22 Januari lalu.

Menurutnya, pihak polis menerima aduan kes rompakan sebuah kedai snuker di Stulang Laut, di sini, kira-kira 6 pagi pada 17 Januari lalu.

"Suspek lelaki berusia 36 tahun melakukan rompakan dengan sebilah pisau lipat sebelum melarikan wang tunai berjumlah RM1,060.

"Lelaki itu terbabit berjaya ditahan di tepi jalan Dato Abdullah Tahir kira-kira 4.20 pagi pada 22 Januari lalu, bersama sejumlah dadah seberat kira-kira tiga kilogram (kg) disyaki heroin dan syabu.

"Semakan mendapati suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah, selain positif dadah jenis methamphetamin," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, hari ini.

Raub berkata, susulan penahanan suspek, polis menyerbu sebuah pangsapuri pada 22 Januari lalu dan menahan dua lelaki Singapura, seorang wanita Singapura serta seorang wanita Thailand.

Menurutnya, kesemua suspek berusia 30 hingga 40 tahun itu ditahan bersama pelbagai jenis dadah termasuk dadah berbentuk cecair dan mereka didapati positif dadah jenis amphetamine.

Katanya, siasatan juga mendapati sindiket itu menjadikan unit pangsapuri sebagai tempat membungkus, memproses dadah dan menyimpan dadah.

"Suspek dipercayai memasukkan dadah ke dalam 'filter' rokok elektronik atau vape dan dijual pada harga sekitar RM150 hingga RM200 untuk pasaran negara luar.

"Dalam serbuan itu, pelbagai jenis dadah bernilai RM97,707.86 dirampas selain sebuah kereta Maserati GranTurismo bernilai RM400,000, Proton Satria, Honda CBR150, wang tunai RM540 dan SGD300 SGD.

"Semakan rekod mendapati lelaki warga Singapura berusia 33 tahun berada dalam senarai dikehendaki (wanted) bersabit kes dadah. Manakala warga tempatan (kes samun bersenjata) selain rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah," katanya percaya sindiket ini aktif sejak Disember tahun lalu.

Menurutnya, empat suspek warga asing direman tujuh hari sehingga 29 Januari ini, manakala tempoh reman suspek warga tempatan tamat esok.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.


Disiarkan pada: Januari 27, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.060065 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list