CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4814|Reply: 0

[Johor] Gamat mentah gagal dibawa masuk

[Copy link]
Post time 27-1-2025 05:06 PM | Show all posts |Read mode

GAMAT. FOTO Arkib NSTP

Johor Bahru: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menggagalkan cubaan menyeludup empat tong berisi gamat mentah ke negara ini menerusi Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah, di sini, semalam.

Pengarah Maqis Johor, Edie Putra Md Yusof berkata, hasil pemeriksaan pada 5.06 petang menemukan kira-kira 200 paket gamat mentah di bahagian belakang sebuah kereta.

"Gamat mentah berjumlah 120 kilogram dan dianggarkan bernilai RM12,000 cuba dibawa masuk dari Singapura tanpa permit import Maqis selain tiada sebarang dokumen," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, lelaki berusia 32 tahun ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta sama.


Disiarkan pada: Januari 27, 2025





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.233395 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list