CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4574|Reply: 0

[Johor] Shahrir Samad sumbang mesin dialisis didedikasi pada anak tunggal

[Copy link]
Post time 27-1-2025 05:03 PM | Show all posts |Read mode

Shahrir dan isterinya, Shahrizan, melihat mesin dialisis didedikasi kepada Allahyarhamah Marisa Diana, anak tunggal pasangan itu yang meninggal dunia dua tahun lalu, yang disumbangkan kepada Yayasan Masjid Bandar Baru UDA, di sini, semalam. FOTO IHSAN JOHAN ROPI

Johor Bahru: Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abd Samad menyumbang mesin dialisis kepada Masjid Bandar Baru UDA (BBU), di sini, didedikasikan buat anak perempuannya yang meninggal dunia akibat kanser, dua tahun lalu.

Ahli Lembaga Pengarah masjid berkenaan Johan Ropi berkata, sumbangan itu juga sebagai curahan rasa rindu Shahrir terhadap Allahyarhamah Marisa Diana yang meninggal dunia pada usia 43 tahun.

Menurutnya, nama anak tunggal pemimpin berkenaan turut diabadikan pada mesin dialisis berkenaan.

"Mesin dialisis itu adalah sumbangan peribadi Tan Sri Shahrir Abd Samad dan isteri, Puan Sri Shahrizan Abdullah kepada Yayasan Masjid BBU bagi kegunaan Pusat Dialisis dan Kesihatan Masjid Jamek BBU.

"Sumbangan itu sebagai curahan rasa rindu dan kasih terhadap anak tunggal mereka, Allahyarhamah Marisa Diana yang meninggal dunia akibat kanser pada November 2023.

"Semoga manfaat sumbangan itu menjadi bekalan pahala kepada Allahyarhamah dan niat murni pasangan suami isteri itu terhadap anak tunggal mereka dirahmati Allah," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Johan memuat naik gambar Shahrir dan Shahrizan yang menyumbangkan mesin dialisis itu kepada Yayasan Masjid BBU di aplikasi Thread, semalam.

Johan berkata, Shahrir dikenali sebagai dermawan kerana menginfaq hartanya kepada komuniti bandar raya ini tanpa mengira golongan, kaum dan agama.

Namun katanya, Shahrir tidak mahu segala sumbangannya diuar-uarkan kepada umum sejak dulu lagi.

"Namun berbeza dengan sumbangan mesin dialisis yang didedikasikan kepada Allahyarhamah anak tunggalnya ini.

"Tan Sri tidak menghalang ia dihebahkan sebagai tanda kerinduan dan kasih sayangnya supaya sumbangan ini dapat dimanfaatkan sebanyak mungkin pesakit buah pinggang yang memerlukan," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.041212 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list