CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12335|Reply: 0

9 wilayah di Indonesia dikategorikan zon merah penyakit kuku dan mulut haiwan ternakan

[Copy link]
Post time 26-1-2025 11:50 AM | Show all posts |Read mode


JAKARTA: Kementerian Pertanian Indonesia sedang mempergiatkan strategi menangani Penyakit Kaki dan Mulut (FMD) dalam kalangan ternakan di sembilan wilayah yang dikategorikan sebagai zon merah, lapor agensi berita ANTARA.

Sembilan wilayah itu termasuk enam di Jawa, bersama Lampung, Bali, dan Nusa Tenggara Barat, menurut Ketua Pengarah Penternakan dan Kesihatan Haiwan kementerian, Agung Suganda.

Beliau berkata, kementerian itu bersama ketua penternakan dan perkhidmatan kesihatan haiwan di sembilan zon merah, mengadakan pertemuan semalam, dengan wakil persatuan profesional, akademik dan ternakan.

"Kami sedang menyediakan strategi operasi untuk bulan vaksinasi FMD dari Februari hingga Mac ini," kata Suganda, hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Pertanian menganggarkan empat juta dos vaksin FMD yang dibiayai oleh Belanjawan Negeri.

Suganda juga menjelaskan bahawa kerajaan wilayah juga akan menyumbang satu juta dos vaksin daripada Belanjawan Wilayahnya, manakala satu juta dos lagi akan diperoleh melalui vaksinasi bebas yang dijalankan oleh usahawan.

Selain itu, beberapa syarikat ternakan, seperti syarikat fidlot di Lampung, akan menjalankan vaksinasi bebas untuk ternakan dalam radius tiga kilometer dan menyediakan vaksinasi percuma untuk masyarakat sekitar.

"Persatuan Koperasi Susu Indonesia (GKSI) juga akan menjalankan amalan tersebut," kata Suganda.

Berdasarkan pengiraan sedia ada, beliau menekankan bahawa Indonesia secara idealnya memerlukan sekitar enam juta dos vaksin untuk membasmi FMD di sembilan zon merah.

"Matlamat vaksinasi ini adalah untuk membentuk imuniti kumpulan di kawasan itu", jelasnya.

Beliau melahirkan keyakinan mengenai potensi Indonesia untuk menghapuskan FMD. Pada 1990, negara ini bebas daripada penyakit itu kerana sokongan daripada Pusat Farmasi Veterinar (BBVF) Pusvetma, yang menghasilkan vaksin FMD.

Jumlah kes FMD semasa di Indonesia dari Disember 2024 hingga 23 Januari 2025, direkodkan sebanyak 28,725, dengan 858 kematian.

Kes-kes ini tersebar di 18 wilayah. Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan pengedaran kes di wilayah berkenaan.

Suganda berkata, trend kes FMD telah menunjukkan penurunan dengan ketara, malah di bawah angka yang dicatatkan pada minggu ketiga Disember 2024. – BERNAMA-ANTARA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.037998 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list