CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3286|Reply: 0

[Johor] 2 maut, 5 cedera kereta bertembung SUV di Ledang

[Copy link]
Post time 25-1-2025 11:50 AM | Show all posts |Read mode

Kemalangan membabitkan dua kenderaan, mengorbankan dua mangsa dan mencederakan lima yang lain di Tangkak, Johor . - Foto ihsan bomba

Tangkak: Dua maut, manakala lima lagi parah dalam kemalangan di Jalan Sagil-Jementah berhampiran Estate Gunung Ledang, di sini, malam tadi.
Kemalangan berlaku sekitar jam 9.40 malam membabitkan sebuah Proton Wira yang dipercayai bertembung dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Harrier.

Dua yang maut adalah lelaki berusia 56 tahun yang menaiki Proton Wira, manakala lima yang cedera membabitkan dua penumpang kenderana sama berusia 21 dan 53 tahun, selain tiga yang menaiki Toyota Harrier.

Jurucakap jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.



"Sebaik tiba, dua daripada tujuh mangsa yang terbabit kemalangan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala lima lagi cedera.

"Semua mangsa yang cedera dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.226013 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list