Lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas memasuki kebun kelapa sawitnya di Batu 17, Kahang, di Kluang Johor, 15 Januari lalu dipercayai sudah meninggal dunia. FOTO Mohamad Fahd Rahmat
Kluang: Jasad dipercayai Lee Siew Hat, 73, yang dilaporkan hilang selepas memasuki kebun kelapa sawitnya di Batu 17, Kahang, di sini, 15 Januari lalu, ditemukan semalam.
Ketua Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, terdahulu, pihaknya menerima laporan mayat lelaki ditemukan terbaring di tepi jalan berhampiran sebuah motosikal, 6.24 petang.
"Polis menerima laporan daripada lelaki warga asing yang menemukan mayat ketika sedang bekerja.
"Anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dan Balai Polis Kahang kemudiannya bergegas ke lokasi," katanya.
Menurutnya, pemeriksaan menemukan barangan peribadi mangsa dan mayat dibawa ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom untuk bedah siasat.
"Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
|