CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27844|Reply: 0

[Johor] Anak maut, bapa cedera, lori terbabas ke dalam gaung

[Copy link]
Post time 23-1-2025 09:42 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN lori yang terbabas ke dalam gaung di Kilometer 61.7 Jalan Sungai Rengit–Kota Tinggi di sini, pagi tadi. FOTO Ihsan PDRM.

Kota Tinggi: Seorang pemuda maut manakala bapanya cedera, selepas lori yang dinaiki terbabas ke dalam gaung dalam kemalangan di kilometer 61.7 Jalan Sungai Rengit–Kota Tinggi di sini, pagi tadi.

Kemalangan itu menyebabkan mangsa Muhammad Izzuddin Nor Zaki Afandi, 23, maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu kira-kira pukul 11.30 pagi membabitkan dua buah kenderaan berhampiran kolam pancing udang harimau di sini.

"Kemalangan membabitkan lori jenis Daihatsu yang dipandu lelaki tempatan berumur 50 tahun bersama penumpang iaitu anak kandungnya. Manakala pemandu Perodua Ativa dipandu lelaki tempatan berusia 39 tahun.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori itu dari arah Kota Tinggi menghala ke Sungai Rengit terbabas dan terjunam ke dalam gaung selepas mengelak sebuah lori jenis tidak pasti dari arah bertentangan.

"Semasa kejadian, muatan batu daripada lori jenis Daihatsu terpelanting mengenai Perodua Ativa.

"Mangsa yang maut mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Yusof, mayat mangsa dirujuk ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan prosedur siasatan.

Katanya pemandu lori mengalami kecederaan ringan iaitu bengkak di muka dan kepala manakala pemandu Perodua Ativa pula tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Disiarkan pada: Januari 23, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.034649 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list