CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16179|Reply: 0

[Johor] Orang ramai ‘berpesta’ lori bawa ikan, udang terbalik

[Copy link]
Post time 22-1-2025 09:57 PM | Show all posts |Read mode

ORANG ramai mengutip ikan dan udang yang berterabur di tepi jalan raya selepas sebuah lori yang membawa muatan itu terlibat kemalangan di Jalan Kota Tinggi-Mersing sebelum simpang Mawai di sini pagi tadi.


KOTA TINGGI – Orang ramai mengutip ikan dan udang bertaburan di tepi jalan raya selepas sebuah lori membawa muatan itu terlibat dalam kemalangan di Jalan Kota Tinggi-Mersing sebelum simpang Mawai di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kemalangan pada pukul 9.20 pagi itu membabitkan dua buah kereta dan sebuah lori.


“Kemalangan dipercayai berpunca daripada kenderaan Naza melanggar belakang Perodua Myvi menghala dari Johor Bahru ke Mersing. Akibatnya Myvi memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung lori dan terbalik di bahu jalan.

“Tiada kecederaan berlaku dan saman dikeluarkan di bawah Rule 10 LN 166/59. Ketiga-tiga pemandu sudah membuat laporan berhubung kemalangan tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

22 Januari 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.178932 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list