CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13545|Reply: 0

[Johor] Rugi hampir RM400,000 ditipu Alice Kirana

[Copy link]
Post time 20-1-2025 04:49 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan


JOHOR BAHRU – Seorang pengurus kedai alat ganti kenderaan merana apabila wang simpanannya hampir RM400,000 ‘lebur’ dalam pelaburan dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa yang merupakan lelaki berusia 46 tahun itu dihubungi suspek menerusi aplikasi WhatsApp yang menawarkan pelaburan dengan keuntungan yang luar biasa.

“Suspek menghantar mesej kepada mangsa dan memperkenalkan diri sebagai Alice Kirana. Suspek menggunakan modus operandi tersilap menghantar mesej bagi menarik perhatian mangsa.

“Mangsa kemudian berhubungan dengan suspek yang menawarkan pelaburan melalui aplikasi GRS yang menjanjikan keuntungan sebanyak 20 peratus dalam masa singkat dengan modal permulaan serendah RM515,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raub berkata, tertarik dengan janji-janji manis tesebut, mangsa telah membuat 15 transaksi pembayaran ke dalam tiga akaun bank yang berbeza sehingga mencecah RM397,815.

“Suspek kemudiannya menghantar tangkap layar palsu yang menunjukkan keuntungan yang diterima mangsa sebanyak RM623,430.


“Apabila mangsa ingin mengeluarkan keuntungan tersebut, suspek meminta mangsa membuat pembayaran tambahan sebanyak RM218,000 sebagai proses pengeluaran,” ujarnya.

Tambahnya, mangsa menyedari dirinya telah ditipu dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, di sini. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-4-2025 06:40 PM GMT+8 , Processed in 1.039747 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list