CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11467|Reply: 0

[Johor] Mayat wanita Thailand ditemui berlumuran darah dalam tandas di kompleks beli-belah

[Copy link]
Post time 20-1-2025 04:36 PM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan

JOHOR BAHRU: Mayat seorang wanita warga Thailand ditemui berlumuran darah dalam tandas sebuah kompleks beli-belah di bandar raya ini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Balveer Singh Mahindar Singh, pihaknya menerima maklumat dari orang awam berhubung penemuan mayat itu jam 2.28 petang.

"Hasil siasatan polis setakat ini tidak menemui sebarang unsur jenayah berkaitan dengan penemuan mayat terbabit.

"Identiti mangsa juga masih dalam siasatan dan mayat dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan bedah siasat dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Balveer Singh berkata, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai kes berkenaan bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan terperinci.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes diminta menyalurkan maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara di talian 07-5563122 atau pegawai penyiasat, Inspektor Helmy Halim menerusi talian 012-5759953 bagi membantu siasatan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-4-2025 06:41 PM GMT+8 , Processed in 1.881354 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list