CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7366|Reply: 0

[Johor] Suami isteri pemilik syarikat umrah disiasat polis Johor

[Copy link]
Post time 20-1-2025 03:45 PM | Show all posts |Read mode

M Kumar. FOTO NSTP.

Johor Bahru: Suami isteri yang juga pemilik syarikat pengendali umrah ditahan semula bagi membantu siasatan kes penipuan pakej umrah yang dilaporkan di Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, pasangan berusia 32 tahun itu ditahan kelmarin, selepas mereka dibebaskan dengan jaminan Polis Kontinjen Selangor sebaik tamat tempoh reman.

"Kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan kes penipuan pakej umrah yang dilaporkan di kontinjen ini.

"Setakat ini, sebanyak sembilan laporan polis telah diterima yang membabitkan kerugian berjumlah RM174,080," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, kertas siasatanberhubung kes itu akan dilengkapkan dalam masa terdekat sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, pemilik syarikat agensi umrah itu dan isterinya akan ditahan semula berkaitan satu lagi kes penipuan yang dilaporkan di Johor selepas reman tamat.

Menurutnya, enam lagi tangkapan sebelum ini akan diberi jamin polis pada hari ini.

Setakat ini, polis dilapor menerima 42 laporan membabitkan 28 daripada mangsa, 13 laporan oleh ejen dan kakitangan serta satu daripada pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac).


Disiarkan pada: Januari 20, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-4-2025 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.306500 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list