CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6612|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Dua warga Myanmar dipenjara, simpan lebih 1,000kg gas LPG

[Copy link]
Post time 20-1-2025 03:36 PM | Show all posts |Read mode

SEIN Kyi Moe (kanan) dan Tun Tun Kyaing didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas pertuduhan menyimpan barang kawalan berjadual 1,122.24 kg LPG tanpa lesen, tahun lalu. FOTO Ihsan KPDN

Seremban: Dua warga Myanmar dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini kerana menyimpan barang kawalan berjadual 1,122.24 kilogram (kg) gas petroleum cecair (LPG) tanpa lesen, tahun lalu.



Hakim Muhamad Kamil Nizam menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Sein Kyi Moe, 30, dan Tun Tun Kyaing, 24, yang juga penjaga stor mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama dua orang yang masih bebas didakwa menyimpan dalam jagaan barang kawalan berjadual iaitu LPG berjumlah 1,122.24 kg dalam keadaan menimbulkan syak yang munasabah.

Perbuatan dilakukan pada 11.45 malam, 4 September 2024 di premis dekat Jalan S2 C4, Green Technology Park, Seremban 2, di sini.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (1) akta sama, yang sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Nor Alimah Mohd Sanusi, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.


Disiarkan pada: Januari 20, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-4-2025 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.076860 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list