CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32667|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Suka-suka biar anak bergayut di pintu pikap

[Copy link]
Post time 19-1-2025 06:00 PM | Show all posts |Read mode

FOTO tular seorang kanak-kanak bergayut pada pintu hadapan sebuah trak pikap yang sedang bergerak.

Nilai: Sekadar suka-suka. Itu alasan seorang bapa yang membiarkan anaknya berusia enam tahun bergayut pada pintu bahagian luar sebuah trak pikap yang dirakam dan tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9.45 malam Khamis lalu di kawasan Bandar Baru Nilai, di sini.

"Kira-kira jam 11.10 pagi tadi, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai mengesan satu video tular berdurasi27 saat yang dimuat naik menerusi di akaun X.

"Ia menunjukkan kenderaan dipandu dengan keadaan seorang kanak-kanak bergayut pada sebuah pikap berwarna kelabu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Nilai mengesan dan menahan pemandu pikap berkenaan dan dibawa ke IPD Nilai.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku membabitkan pikap jenis Nissan Navara yang dipandu seorang lelaki warga asing berusia 38 tahun di kawasan Bandar Baru Nilai.

"Kanak-kanak lelaki yang bergayut di pintu sebelah pemandu kenderaan itu adalah anak kepada pemandu yang berusia enam tahun.

"Perbuatan kanak-kanak itu adalah sekadar suka-suka dan menjadi kebiasaannya membuat permintaan kepada bapanya untuk berdiri di luar kenderaan ketika bapanya memandu," katanya.

Menurutnya, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 42(1) dan Seksyen 47(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah Nilai di talian 067904389 atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor B Sharveen Raj di talian 011-26176424," katanya.


Disiarkan pada: Januari 19, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-4-2025 06:41 PM GMT+8 , Processed in 2.402490 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list