CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14525|Reply: 0

[Johor] ASEAN tawar pasaran pelancongan dinamik

[Copy link]
Post time 19-1-2025 08:47 AM | Show all posts |Read mode

FADILLAH (tengah) meletakkan tapak tangan pada glob kaca sambil diperhatikan King Sing (kanan) dan Onn Hafiz (kiri) sempena Majlis Pembukaan ATF 2025 di Johor Bahru hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI
JOHOR BAHRU – Negara anggota ASEAN menawarkan pasaran pelancongan dinamik susulan pemulihan positif pasca pandemik Covid-19.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia berikutan peningkatan ketibaan pelancong global sebanyak dua peratus pada tahun 2024 berbanding 2019.

“Rantau Asia Tenggara menyambut lebih 100 juta pelancong pada tahun 2023 dan jumlah itu merupakan 70 peratus daripada tahap direkodkan sebelum pandemik Covid-19.

“Menjelang tahun 2024, rantau ini telah melepasi ketinggian 130 juta pelancong global menandakan pemulihan sepenuhnya. Kejayaan ini mencerminkan ketahanan dan sikap optimis ASEAN dalam memajukan sektor pelancongan rantau ini,” katanya pada Majlis Pembukaan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Sementara itu, Fadillah turut menegaskan kepentingan bagi negara-negara ASEAN tidak hanya menumpukan kepada usaha pemulihan sektor pelancongan, tetapi juga peralihan kepada strategi pelancongan yang mampan dan berkualiti tinggi.


Katanya, rantau ini mempunyai potensi besar dalam memimpin usaha hijau dan tenaga boleh diperbaharui. Ia boleh diintegrasikan dengan pelancongan inovatif berasaskan komuniti, ekopelancongan, dan pelancongan regeneratif bagi memastikan manfaat diterima dikongsi bersama.

“Sehubungan itu, satu Pelan Tindakan Bagi Pembangunan Pelancongan Mampan di ASEAN melibatkan kerajaan serta swasta bagi meningkatkan infrastruktur dan kualiti hidup untuk penduduk dan pelawat.

ATF 2025 yang bertemakan ‘Unity in Motion: Shaping ASEAN’s Tourism Tomorrow’ yang berlangsung sejak semalam hingga 20 Januari depan menghimpunkan pihak berkepentingan sektor pelancongan Asia Tenggara bagi meningkatkan kerjasama dan menggalakkan pertumbuhan mampan sektor itu di rantau ini.

Ini merupakan kali kedua Malaysia menganjurkan ATF selepas yang pertama di Kuching, Sarawak pada 2014.

Fadillah berkata, Malaysia bakal menerima impak ekonomi bernilai lebih RM7.38 bilion menerusi pelaksanaan 850 persidangan dan program antarabangsa di seluruh negara bermula tahun lalu sehingga 2026.

Katanya, perolehan limpahan ekonomi itu turut dijayakan menerusi pelaksana kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) yang dijangka merekodkan pendapatan sehingga RM147.1 bilion menerusi ketibaan seramai 35.6 juta pelancong.- KOSMO! ONLINE


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-4-2025 06:39 PM GMT+8 , Processed in 1.445644 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list