CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27806|Reply: 0

[Johor] Imigresen Johor tahan 22 tukang urut wanita warga asing

[Copy link]
Post time 17-1-2025 05:54 PM | Show all posts |Read mode

Anggota Jabatan Imigresen Johor memeriksa tukang urut warga asing selepas menyerbu tiga pusat urut di Batu Pahat. - Foto Alias Abd Rani

BATU PAHAT: Dua majikan berusia 40-an dan 70-an serta 22 tukang urut warga asing ditahan selepas tiga pusat urut di bandar ini diserbu Jabatan Imigresen Malaysia Johor, semalam.

Semua mereka ditahan menerusi Op Gegar yang dijalankan, jam 7 malam, hasil aduan orang awam dan risikan.

Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, individu ditahan membabitkan tukang urut warga Thailand, Myanmar dan Indonesia.

"Semuanya yang berusia 20 hingga 50 tahun ditahan selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan. Ketika serbuan, pusat urut terbabit baru memulakan operasi di sebuah premis perniagaan yang menawarkan khidmat terbabit menggunakan wanita warga asing.

"Pemeriksaan terhadap semua tukang urut warga asing itu mendapati, mereka tiada dokumen sah serta tinggal lebih masa," katanya.

Beliau berkata, dua majikan warga tempatan masing-masing lelaki dan wanita berusia 40-an serta 70-an ditahan bagi membantu siasatan.

"Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 56 (1) Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi pendatang asing tanpa izin.

"Semua tukang urut terbabit dibawa ke Depot Tahanan Pekan Nenas, Pontian," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-4-2025 06:42 PM GMT+8 , Processed in 2.067629 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list